logo pusat pendidikan

Mengenali i-Musleh

Mengenali
i-Musleh

students

Pusat Pendidikan i-Musleh (i-Musleh) merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan Islam yang holistik di negeri Melaka sejak tahun 2011 bermula dengan menubuhkan Sekolah Rendah i-Musleh (SRiM) dan kemudian Sekolah Menengah i-Musleh (i-Musleh) pada tahun 2023.

FALSAFAH

Pusat Pendidikan i-Musleh (i-Musleh) mendukung falsafah Pendidikan Islam IKRAM-Musleh iaitu; "Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.

Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat."

VISI

Ke arah pembentukan generasi Soleh dan Musleh

MISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan Islam yang unggul yang mampu melahirkan insan berilmu dan bertaqwa untuk mengimarahkan muka bumi sebagai khalifah Allah.

NILAI TERAS

Melahirkan pelajar yang mempunyai daya inovatif dan kreatif yang cemerlang.

Melahirkan generasi yang boleh memimpin dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang quwwah wa amanah (Kuat & Amanah).

  • Menjadi sekolah yang unggul
  • Membina peribadi yang unggul
  • Melahirkan pemimpin yang unggul
  • Melahirkan pelajar yang bersifat Rabbani, Soleh, Musleh dan cemerlang
  • Menyediakan Biah Solehah

Membangunkan pendidikan, kewangan dan prasana yang lestari.

Menyediakan perkhidmatan,sistem an pengurusan sekolah yang efektif dan efisyen.

Mengembangkan seluruh potensi pelajar meliputi intelektual, emosi, fizikal dan spiritual.

LOGO

PUSAT PENDIDIKAN i-MUSLEH
No 25-1, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, 75450 Melaka
Dimiliki oleh Edu Insaniah Sdn. Bhd (1233020-T)
© 2024 Pusat Pendidikan i-Musleh. Hakcipta Terpelihara.