Pusat Pendidikan i-Musleh (i-Musleh) merupakan sebuah institusi yang menyediakan pendidikan Islam yang holistik di negeri Melaka sejak tahun 2011 bermula dengan menubuhkan Sekolah Rendah i-Musleh (SRiM) dan kemudian Sekolah Menengah i-Musleh (i-Musleh) pada tahun 2023.
Pusat Pendidikan i-Musleh (i-Musleh) mendukung falsafah Pendidikan Islam IKRAM-Musleh iaitu; "Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat."
Melahirkan pelajar yang mempunyai daya inovatif dan kreatif yang cemerlang.
Melahirkan generasi yang boleh memimpin dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang quwwah wa amanah (Kuat & Amanah).
Membangunkan pendidikan, kewangan dan prasana yang lestari.
Menyediakan perkhidmatan,sistem an pengurusan sekolah yang efektif dan efisyen.
Mengembangkan seluruh potensi pelajar meliputi intelektual, emosi, fizikal dan spiritual.