logo pusat pendidikan

Testimoni

Without question enrolling in Sekolah Rendah I-Musleh(SRIM) has been one of the best choices I've made for myself. Beyond acquiring valuable academic knowledge I was able to develop positive attitudes towards faith through strong examples offered by dedicated educators whose support extended beyond mere classroom instruction.

They walked their talk every day -- often going above what was required -- so that each student could fully grasp core lessons that would stay with us throughout our lives. After all these years since graduation from such institution still feel this powerful influence guiding my actions - crucially impacting my interactions with others both in and out of the professional sphere. For those seeking a comprehensive education that places importance on both academic achievement and spiritual growth I strongly suggest considering this option.
Ahmad Beyruni bin Ahmad Bukhari
Batch Gen 3 (2017)
Sekolah Rendah I-Musleh (SRiM) banyak mengajarkan saya dan membentuk saya menjadi seroang insan yang lebih soleh wa musleh. Banyak ilmu pengetahuan telah saya peroleh dari aspek rohani sehingga ke aspek jasmani secara keseluruhannya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih ke atas jasa semua muallim dan muallimah yang sudi mendidik dan membimbing saya sepenuh jiwa dan raga sejak umur yang kecil lagi bak pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih kepada SRiM dan barisan gurunya juga rakan-rakan seperjuangan sewaktu saya ada di sana. Jazakallahu khairan kathiran ya muallim muallimah.
Muhamad Saifullah Bin Sazalinshah
Batch Gen 1 (2015)
Alhamdulillah, anak-anak saya gembira bersekolah di SRiM kerana di sini mereka memperoleh kegembiraan belajar dan bermain dalam suasana yang kondusif. Selain belajar, mereka juga membina sahsiah melalui aktiviti kepimpinan, ko-kurikulum dan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan dari peringkat dalam kelas sehinggalah ke peringkat antarabangsa dalam rangkaian sekolah-sekolah Musleh. SRiM juga mempunyai guru-guru yang penyayang - sesuatu yang penting kerana anak-anak perlukan sokongan untuk membina keyakinan pada diri dan persekitaran. Semoga SRiM terus maju dalam membangunkan khalifah-khalifah kita. Aamiin.
Puan Khadijah
Ibu, Pensyarah UTeM
Beberapa kelebihan pembelajaran di SRiM:
1. Sistem merekod aktiviti anak-anak semasa cuti seperti mengemas diri, bilik, solat sangat memberikan kesan yang bagus pada anak saya. Anak saya mudah untuk solat dan mengemas rumah.
2. Pembudayaan membaca dan menghafaz Al-Quran menyebabkan anak masih dapat menghafal ayat-ayat suci tersebut dan meneruskan bacaan Al-Quran
3. Pendekatan yang bukan sahaja bertujuan melahirkan generasi pintar soleh tetapi juga generasi musleh. Memang dapat dilihat kesannya seperti apabila kita ibu bapa ada terbuat silap. anak akan tegur dengan cara berhimah
Puan Zaidah bt Mohamad
Ibu, Guru MRSM Tun Ghafar Baba
PUSAT PENDIDIKAN i-MUSLEH
No 25-1, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, 75450 Melaka
Dimiliki oleh Edu Insaniah Sdn. Bhd (1233020-T)
© 2024 Pusat Pendidikan i-Musleh. Hakcipta Terpelihara.