Home » Utama » SMAIM » PBI – Pembelajaran Berdasarkan Inkuiri

PBI - Pembelajaran Berdasarkan Inkuiri

AI Explorer

Program AI Explorer ini memperkenalkan pelajar kepada asas-asas Kecerdasan Buatan (AI), membolehkan mereka memahami konsep utama dan aplikasi praktikal AI dalam pelbagai industri, dan seterusnya meneroka potensi teknologi ini untuk menyelesaikan masalah serta mencipta inovasi masa hadapan.

Robo Lab

Program Robo Lab ini memperkenalkan pelajar kepada bidang Robotik dan Pengaturcaraan, membolehkan mereka mengaplikasikan prinsip kejuruteraan untuk membina dan menggerakkan robot, serta seterusnya mengembangkan kemahiran berfikir secara kritikal dalam suasana pembelajaran yang interaktif.

Yes! - Young Entrepreneurs

Pelajar akan diperkenalkan dengan bidang keusahawanan dan membincangkan peluang perniagaan yang berpotensi, serta mempelajari asas model perniagaan.

GrowMe - Agro Adventure

Pelajar akan ke lapangan (kebun sayuran) untuk mendapat pendedahan dan mempelajari proses penanaman sayur-sayuran. Pelajar akan membina 'Taman Mini Sayuran' mereka di sekolah. Selain daripada itu, pelajar akan mengkaji jenis-jenis sayuran yang ada dan juga nutrisinya.

Scratch Me

Pelajar akan belajar pengkodan menggunakan bahasa pengaturcaraan berdasarkan blok, iaitu SCRATCH. Keutamaannya ialah untuk memahami logik pengautrcaraan. Pelajar akan membangunkan permainan, cerita interaktif dan animasi dengan menggunakan SCRATCH.

Just Do It

Mempelajari kemahiran asas aplikasi Teknologi Maklumat (Information Technology - IT). Aplikasi yang diajar adalah Canva, Microsoft Office dan Pengedit Video (Video Editor).

Let's Chat

Pelajar akan ke lapangan dan membuat temubual menggunakan kemahiran berkomunikasi Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

We Care

WeCare ialah program Peduli Ummah (Masyarakat). Pelajar akan menziarahi dan berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat yang memerlukan perhatian dan pembelaan.
PUSAT PENDIDIKAN i-MUSLEH
No 25-1, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, 75450 Melaka
Dimiliki oleh Edu Insaniah Sdn. Bhd (1233020-T)
© 2024 Pusat Pendidikan i-Musleh. Hakcipta Terpelihara.
PN MASITAH BINTI SEIKH OMAR
Pengetua

PENDIDIKAN :

  1. IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (BIMBINGAN DAN KAUNSELING), UIAM
  2. IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN), UUM

PENGALAMAN :

  1. PENOLONG KANAN HEM, SMI AL AMIN GOMBAK (2018 -2021)
  2. GURU KANAN DISIPLIN HEM, SMI AL AMIN GOMBAK (2016 - 2018)
  3. GURU SUBJEK PRINSIP PERAKAUNAN DAN MATEMATIK, SMI AL AMIN GOMBAK (2001 - 2021)